Kehidupan dan kerjaya Hafizul_Kamal

Hafizul Kamal dilahirkan pada 25 April 1985 di Ipoh, Perak. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Petrokimia dan Proses.

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau merupakan juara.[1]

Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama rakan seangkatannya dalam On Air, Hefny mengambil bahagian dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang merangkul gelaran juara.[2]

Hafizul membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem aksi ketenteraan, PASKAL arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi dan Jasmine Suraya Chin yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]